Sunday, January 9, 2011

EVO,FERRARI & KELISA

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di Lebuhraya Utara Selatan kelihatan sebuah kereta kelisa putih tersadai di sebelah 'lane' kerosakan. Ada seorang pakcik tua yang berdiri di sebelahnya menrangkap pemilik kelisa tu sedang berjalan mundar mandir cuba menahan kereta supaya berhenti membantunya.Namun apakan daya tidak ada sebuah kereta pun berhenti.Akhirnya,tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kereta kelisa tadi.


Pemandu evo10 itu pun dengan bernada penuh hormat bertanya "Ada apa ni pakcik,kereta rosak ke?".
"A'ha rosak "jawab pakcik tu muka selambanya....


"Ok,macam ni,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai dekat tol"kata pemandu itu dengan gaya seorang ilmuwan sambil mengemukakan ideanya ini.


"Orrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam taw"


"Ok, pakcik".

Pemandu itu pun ikatlah tali kat kereta kelisa  dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye.
dia pun jalanlah..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer pemandu itu laju le sikit disebabkan bosan lagipun pemandu ini muda lagi lebih kurang berumur 20-an,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat pemandu itu.Maka pemandu itu pun memandu dengan perlahan.


Tiba-tiba,entah dari ceruk mana ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat pemandu evo10 itu .Apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa orang tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Pemandu  itu dah tak sedar macam kena rasuk setan,bawa laju macam haram.Ala biasa la orang muda dah dicabar mesti naik angin.Terus speed sampai bergegar-gegar kelisa itu.

Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm......berdesup perginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis ni..cecah 250 kmj memasing ni... Dia pun terus contact la kekawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni...


"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

No comments:

Post a Comment