Saturday, December 24, 2011

 
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak 
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... 

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI " 
 
Dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang 
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam 
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya 
terdapat satu nota bertulis... 

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

Thursday, December 8, 2011

Kisah Cinta Yang Tak Direstui

 Kisah ini adalah kisah tidak benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. 
Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. 

Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami.

Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. 

Farhana, aku terlalu menyintaimu! ". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. 

Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia
   

Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa.Syah nak kawin la bu.", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi ibu. 

"Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah.
 
Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik ibuku memecah kesunyian.

Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia". Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia. Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". " Tapi ibu..". 

"Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.",suara ibu semakin perlahan.Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak.Tapi kali ini, tolonglah faham.

Kita ni kambing Syah..kau sedar tak yang kita ni kambing?mana boleh kambing kawin dengan ayam?. Air mata ibu jatuh berderai.Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. 

Farhana..... .Aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor ayam.

FAKTA KOT....


Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. 

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
 
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan menganggu penglihatan doktor. 
 
                                                            Sunquick Juice

Asal sebut je Sunquick,mesti korang bayangkan air oren kan.Sedangkan sunquick itu hanya lah jenama jus.Sunquick boleh didapati di lebih dari 20 perisa termasuk Exotic, Jambu Batu & Strawberry, Orange Merah, Orange & Aprikot, Mandarin, Peach & Oren, Mangga,Buah-buahan Tropika, Orange, Buah Passion, Lemon,Nanas, Apple, Buah Merah, blackcurrant,Delima, Anggur, Lemon & Mint dan Anggur.

Ini dikatakan first impression yang selalu bermain-main di minda kita apabila "SUNQUICK" diperkatakan.


Apakah itu mi segera?Berdasarkan wikipedia mi segera ialah separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Namun kebiasaannya kita akan menyebut maggi walaupun maggi merupakan jenama mi segera.Ini telah menjadi trend di dalam masyarakat kita.Contohnya,ketika di kedai mamak,kita ingin memesan mi segera goreng,namun kita akan menyebut maggi goreng.Betulkan?Kan.Kan.Kan.Kenapa maggi?Bukan ruski,mee sedap mahupun pama ataupun lain-lain.

Inilah kesan di mana masyarakat sentiasa  menanamkan sifat "first impression" serta akan mengingatinya sampai bila-bila.FAKTA.
 

Saturday, September 24, 2011

Kisah di dalam LIFT....


Al-kisahnya.. ..

Ada empat orang sedang menunggu lif. Seorang doktor, seorang lagi pensyarah, yang ketiga peguam dan yang last sekali Tok Imam. Tengah Boring menunggu Lif, datang seorang awek cun yang seksi meksi.

Apabila pintu lif terbuka, mereka pun masuk. Ketika lif hendak naik ke atas, secara tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Lif pun terhenti dan keadaan menjadi gelap. Dalam keadaan black out itu, mulalah ada salah seorang dari mereka yang gatal dan hendak membuat kurang ajar pada awek yang seksi itu. Puaslah dia meraba awek itu di dalam gelap!...

Tiba-Tiba, bekalan elektrik kembali.Okay. Awk itu pun perhatikan pada pensyarah, selepas itu pada si doktor kemudian kepada si peguam itu. Last sekali kepada Tok Imam. Dengan geramnya si awek itu bagi satu penampar jepun yang teramatlah kuat kepada si Tok Imam itu."Heiii, sudah tua bangka pun ada hati hendak meraba lagi!" Jerit si awek seksi sambil menunjuk penumbuknya kepada muka Tok imam itu..

Soalan : Kenapa awek itu yakin benar bahawa Tok Imam itu yang membuat dajal?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kerana Tok imam seorang sahaja lelaki!

Hahahahaha!
P/S = Jika berbicara mengenail doktor, peguam atau pensyarah, pasti orang akan ingat lelaki sahaja ke yang pegang jawatan seperti itu . Wanita pun boleh ma..

The Mentalist Season 4....


Akhirnya cite mentalist season 4 da bermula..huhu..Patrick Jane rock!!!RED JOHN still alive.Peh..x abih2 ag ke psl die ni.adoyai.xpe2..still enjoy this show..

Kepada sesape nak download.NAH ni makan dia..
Password = mtvz
Sumber  MediaTvZone

P/S Nak layan cite running man lak.Hohoho

Sunday, May 22, 2011

Tips Untuk Mengelak Dari Berlaku Kecurian DAN Cara Menanganinya


               ANTARA LANGKAH-LANGKAHNYA SEPERTI BERIKUT 

  1. Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda. 
  2. Pasang rantai pada pintu utama. 
  3. Pasang kunci atau padlock yang lebih selamat. 
  4. Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah. 
  5. Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi. 
  6. Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah. 
  7. Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah. 
  8. Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah. 
  9. Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur. 
  10. Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar. 
  11. Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam. 
  12. Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri. 
  13. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi. 
  14. Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda. 
  15. Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh. 
  16. Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali. 
  17. Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.


  APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?

  1. Tenang. 
  2. Turuti arahan pencuri. 
  3. Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian. 
  4. Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai. 
  5. Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian. 
  6. Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan. 
  7. Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat. 
  8. Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak. 
  9. Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri. 
  10. Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran. 
            APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?
  1. Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur. 
  2. Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru. 
  3. Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif. 
  4. Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat. 
  5. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing. 
  6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. 
  7. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan. 
  8. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran. 
  9. Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. 
  10. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK. 
  11. Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.

Saturday, May 21, 2011

THE MENTALIST season 3 da abis....



Arghhh..tak mungkin...da lama atok polo cite mentalist ni..dari season 1 until season 3....
Baru je abis tengok tadi..Ending season 3 ni memang terbaik.The best series!!!!Red John?? da mati.
3 das tembakan tepat ke abdomen.Hahahaha.Pueh ati~
Harap2 tu adalah Red John yang sebenar.Apakah yang akan terjadi kepada Patrick Jane seterusnya..Tak sabar nak tengok season 4 nanti.Cepat la keluar..


Bagi sesape yang tak pernah tengok cite the mentalist,rugi wooo..Jom layan cite ni..Terbaik CBS.


http://www.tvguide.com/News/Mentalist-Season-Finale-1033336.aspx
Link for episode 23-24  Strawberries & Cream
http://www.fileserve.com/file/qRFxzM8