Powered By Blogger

Sunday, May 22, 2011

Tips Untuk Mengelak Dari Berlaku Kecurian DAN Cara Menanganinya


               ANTARA LANGKAH-LANGKAHNYA SEPERTI BERIKUT 

  1. Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda. 
  2. Pasang rantai pada pintu utama. 
  3. Pasang kunci atau padlock yang lebih selamat. 
  4. Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah. 
  5. Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi. 
  6. Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah. 
  7. Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah. 
  8. Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah. 
  9. Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur. 
  10. Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar. 
  11. Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam. 
  12. Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri. 
  13. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi. 
  14. Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda. 
  15. Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh. 
  16. Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali. 
  17. Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.


  APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?

  1. Tenang. 
  2. Turuti arahan pencuri. 
  3. Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian. 
  4. Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai. 
  5. Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian. 
  6. Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan. 
  7. Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat. 
  8. Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak. 
  9. Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri. 
  10. Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran. 
            APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?
  1. Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur. 
  2. Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru. 
  3. Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif. 
  4. Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat. 
  5. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing. 
  6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. 
  7. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan. 
  8. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran. 
  9. Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. 
  10. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK. 
  11. Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.

No comments:

Post a Comment