Powered By Blogger

Monday, January 10, 2011

Bos Baru ?!@#

Ini kisah mengenai seorang insan yang baru dilantik mengantikan bos asal sebuah syarikat besar. Disebabkan masalah pekerja2 yang agak kurang motivasi dan selalu cuai serta pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit pada firstday dia kat syarikat tu.Ala biasa la baru jadi bos,mesti nak tunjuk power. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.

Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yg sedang dok menyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu!!!!" dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Asal awak ni pemalas,dah la pakai topi dlm pejabat tak macam pekerja yang berhemat,selekeh pulak tu?" marah si dia kepada lelaki berkenaan. 

Lelaki itu diam je tidak menjawab.

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras.

"Dalam RM800" jawab lelaki itu.

Bos tu menjawab, "Nah amik ni RM800,BERAMBUS DARI SINI.
KALU NAK MALAS2
PERGI TEMPAT LAIN!!!!!"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu je.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nya, seperti mahu mereka
faham, sape malas, sure kena pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa
puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam pejabatnya,
dia bertanya kepada salah seorang pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawab si pekerja dengan loghat kelantannya,  "Owh,dio tu mari ata pizza jah boh,dop kijo sini pom".

P/S: Senang-senang dapat RM800..padan muka bos tuu..huhu

No comments:

Post a Comment