Pada suatu ketika, ada seorang pencari kayu api bernama Pak Pandir masuk dalam hutan utk cari kayu api. Dia membawa bersama sebilah kapak.
Sedang dia menyeberang titi yang merentangi sebatang sungai, tiba2 kapaknya
terjatuh ke dalam sungai itu. Maka Pak Pandir pun susah hati.
Sedang dia bersedih itu, muncullah si pari-pari. "Kenapa engkau bersedih?"
tanya pari-pari. "Kapak aku jatuh dlm sungai," jawab Pak Pandir.
"Engkau jgn susah hati.. aku boleh tolong ambilkan," kata pari-pari terus masuk ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, dia muncul membawa sebilah kapak
emas.
"Ini ke kapak engkau?" tanya pari-pari. "Bukan," jawab Pak Pandir sambil menggelengkan kepalanya. Pari-pari masuk semula ke dlm sungai.
Beberapa ketika kemudian, pari-pari muncul semula membawa sebilah kapak
perak. "Yang ini ke kapak engkau?" tanya pari-pari lagi.
Pak Pandir menggelengkan kepalanya. "Bukan," jawab Pak Pandir. Pari-pari
masuk lagi ke dlm sungai. Beberapa ketika kemudian, ia muncul kembali
membawa sebilah kapak besi yang sudah berkarat. "Macam mana pulak
dgn yg ini?" tanya pari-pari sambil menunjukkan kapak besi itu kpd Pak Pandir.
Pak Pandir pun tersenyum gembira. "Haa, ini baru kapak aku!" ujar Pak
Pandir sambil mengucapkan terima kasih kpd pari-pari. Oleh kerana
kejujurannya, pari-pari itu memberikan ketiga2 kapak itu kpd Pak Pandir. Inilah berkat orang yang jujur.
Suatu hari yg lain, Pak Pandir masuk ke hutan dgn isterinya. Kali ini isterinya pula jatuh ke dlm sungai. Pari-pari yang sama pun muncul menawarkan bantuan.
Setelah beberapa ketika, pari2 pun membawa naik Lisa Surihani. "Yang ini
ke isteri engkau?" tanya pari2. "Ya! Inilah isteri aku!" jawab Pak Pandir
dengan pantas. Mendengar jawapan Pak Pandir itu, pari-pari menjadi marah kerana
dia tahu Pak Pandir berbohong.
"Aku tak sangka engkau telah berubah. Kelmarin engkau jujur, mengapa sekarang engkau berbohong?!" marah si pari-pari.
"Eh! Engkau salah sangka. Aku tak berniat nak tipu engkau.. Kalau aku kata
Lisa Surihani ni bukan bini aku, nanti engkau bawak nak Juliana Evans pulak. Kalau aku kata bukan jugak, barulah engkau bawak naik bini aku. Lepas tu, saperti peristiwa kapak, ketiga2 kau akan kasi kat aku sebab aku jujur. Takkan la bini aku sanggup dimadu!" jawab Pak Pandir.
Betul juga !!!!! kata hati pari-pari…
HAHAHAHA
No comments:
Post a Comment