Powered By Blogger

Monday, February 21, 2011

Pengalaman Cucu Atok~ [PART 1]

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?Sihat.Arini Atok nak bercerita tentang kisah/pengalaman cinta kot salah seorang cucu Atok.Kisah ini Atok telah mengubahsuai serta diputar belit agar identiti beliau tidak diketahui ramai.Kang malu si beliau nanti.Huhu.Enjoy~

Bermulanya kisah ini....
Pada jam 6 pagi.Lokasi Bangi,Selangor kot.Hari cuti,Sabtu.Tarikh,da lupa la...
Tepat jam 6 pagi,aku terjaga dari tidur setelah "alarm" telefon bimbit cikaiku menjerit-jerit mengejutkan tuannya yang sedang tidur nyenyak.Dengan semalasnya,aku pom bangun dari katil,bersama-sama perasaan ngantuk gile babeng,aku mengagahkan diriku untuk bangun ke toilet basuh mukaku yang cute ini.Hihi.Kemudian,aku terus duduk sesaje di atas katil nak amik mood.Sepanjang itu,aku sempat bermonolog seorang diri di dalam kepala otakku.....

Aku:Haish,baru kul 6 lebih nih,awal ag ni,lagipom arini ari Sabtu,sambung tido ah,kul 7 sempat ag kot semayang subuh.

Diriku satu lagi menyampuk,"Ceh,ko cakap je lebih,kan terlajak tido baru ko tahu,ko skunk ni kat umah Mak Lang ko,tak ase segan ke..tido sampai tengah ari,bangun2 je tewos minta makanan.Ish3.Baek ko semayang subuh lu,pas tu tulun ape yang patut".

Aku menjawab,"Betul jugak tuu..Tapi kan...Mak Lang aku pom lebih kurang je..Haha.Kul 9 lebih nanti baru die bangun,kejutkan aku suh siap2 nak g sarap kt kedai mamak nanti.Baek ak tido je..".

Diriku satu lagi dengan nada marahnye berkata,"Cisss ko.Banyak lak alasan ko ni.Cepat2.Amik wuduk.Kang aku sekeh baru taw".

Ada ke patut dengan diri sendiri pom nak disekehnya.Bengom ke ape.Selepas 5 minit,bergaduh dengan diri sendiri.Aku pom mencapai kata sepakat.Dengan diri sendiri pom leh gaduh.Adoyai.Pelik2.Aku pom ke toilet amik wuduk dan sebagai seorang Muslim aku juga ada tanggungjawab terhadap Maha Berkuasa iaitu menunaikan solat 5 waktu sepertimana termaktub dalam rukun islam.Yang pertama mengucap dua kali syahadat,kedua menunaikan solat 5 waktu,ketiga berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,keempat mengerjakan haji di Mekah dan kelima menunai zakat.Macam ustaz da ni.Haha.Padahal ilmu agama masih belum cukup.Tapi bab2 hukum kahwin semua tahu.Hik3.



Sesudahnya solat subuh,aku terus bebaring di atas katil lelepak jap.Sambil2 itu aku berfikir,"Skunk ni,aku tgh cuti sem UMP lama lagi bukak ni,dekat sebulan lebih baru bukak nih.Nak balik umah kat kampung jauh nuh,Perak.Nak tak nak lepak je la Bangi ni kat umah Mak Lang aku ni merangkap adik kepada ayahku.Nak cari keje malas.Apa nak buat ek?

Ajak membe lepak Subang,jejalan,lelepa,wewayang.Ermmmmm...Pikir punya pikir sekali terlelap daa.Sampai la kul 9 pagi.Tepat2 9 pagi tuu,macam yang selalu aku predict,
Pak Lang aku aka suami Mak Lang aku laa masuk ke bilik ku utk kejutkan aku.Ni dialognye...

Pak Lang:Angah,Bangun2.Siap2.Makan2.Cepat2...
Aku:Ok2.Jap2.Mandi2.

Pak Lang aku ni sporting orangnye.Open minded.Suka men game,men bowling,tgk wyng mcm2 ah.Tak mcm orng da kawin.Enjoy je.Padahal dah ada anak pompuan berusia 5 tahun.Hahaha.Macam orang bujang je aku tgk.Sekali lagi aku bangun dan terus ke bilik mandi.Selesai sudah aku mandi,aku pom siap2 dan turun ke bawah menunggu Mak Lang bersiap.Biasa la pompuan kalau bersiap mmg makan masa.Macam tak biasa.Dalam 15 minit gak tunggu,tgk jam dah kul 10 lebih.Baru Mak Lang aku siap.Ok.Semua da ready.Apa lagi terus kami gerak ke kedai mamak utk bersarapan.Tup..Tap..Tup..Tap...

Kenyang perut.Burpp.Alhamdulilah.Dah selesai makan.Maka balik la umah,sampai je umah terus bukak Astro,sume channel aku buka,HBO,MAX,Star Movies,AXN, dan mcm2 ada.Tapi xdek citer best.Bosan..Ahh..aku pom naek ke atas.On pc.Bole online fb kejap.Download citer.Men game ke.Ape2 je ah asal leh ilangkan bosan.

Tup..Tap..Tup..Tap..Dah 2 jam masa berlalu.Jap ag kul 1 tengah ari.Mkn tengah ari lak.Mkn lagi.Mkn.Tido.Mkn.Tido.Adoyai.Bosan weh idop cmni.Nak watpe pas ni.Ahhh.Stress weh.Cmni lepas mkn aku nak kuar jejalan ar pepusing 1 Bangi ni drpada duk sesaje terperuk lam umah ni.

Habis je mkn tgh ari serta solat zuhur,aku pom bersiap2 utk kuar.Berbekal duet 30 hinggit,moto EX5 merah,serta sekotak Malboro dan lighter hijau,aku pom kuar.Mcm2 ah tempat aku round,msuk dlm UKM,pergi tasik ushar2.Aigooo.Bangi ni tak dek ape yang best.Restoran je bnyk.Sekali lagi aku bosan.Haha.
Aku pom stop tepi jalan.Nak isap rokok,sangap nih.Selalu lepas mkn terus isap rokok.Respect kat Mak Lang punyer pasal.Isap rokok kat luar.Tu pom ase malu2 kucing.Apa lagi.Bukak kotak rokok.Aiyak~Nada~Nothing~Nehi heh~Yennadey~

Dengan hampanye,aku tgk kotak tu sebatang rokok pom tak dek.Cis.Kena beli gak nampak gayanyer.Minyak moto pom da ade cikit.Nak g Petronas ke nak g Seven Eleven?Pegi 7E je la.Selalu kat sne cashier die cun2.Hik3.
On da way ke 7E,awan & langit kelihatan penuh kegelapan.Guruh berdetum macam bunyi mercun meriam besi.Ibarat nak dtg ribut taufan halilintar.Ni tunggu masa je nk turun kehujanannya itu.Apa lagi,aku pom bwk moto lelaju.Namun apa kan daya setinggi-tinggi superman terbang,akhirnya turun juga ke bawah utk ke toilet.Haha.Begitu juga awan itu.Akhirnya,awan itu berjaya melepaskan air kehujanannya itu.Hujan turun selebat-lebat yang mungkin bak pepatah omputih "Rains like cats and dogs".Ntah betol ke tak pepatah ni.Men sebat je aku ni.

Aku pulak nekad nak redah ujan ni.Sangap nak smoke punyer pasal.Hujan emas ke hujan batu ke hujan salji ke aku tekad utk ke 7E.Akhirnya,dengan berbasah kuyupnya aku sampai ke destinasiku iaitu 7E.
Dengan sepantas kilat ala-ala Usain Bolt,aku pon buka pintu 7E.Maka Berkumandanglah loceng pintu itu.TING TONG~.
Pada saat itu,aku terlihat seorang gadis yang tengah membetulkan rambutnya mcm kat iklan shampoo.Peh!!!Cun beb.Rambutnya ikal mayang.Mukanya ala-ala artis Wonder Girls.Matanya bulat comel.Putih gebu lak tu.Masa seakan terhenti semata-mata menberi aku masa utk menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.Terus aku terpaku terpikat melihat gadis ini sehinggakan mataku nyaris2 terbeliak.Dub.Dab.Dub.Dab.Jantungku berdegup kencang.Adakah ini gadis yang tertakdirkan utk mnjadi bakal salah sorang isteriku???Hahahahaha

P/S:To be continue...Ada next part...Tggu k.Ni la post plng panjang Atok penah taip..  


No comments:

Post a Comment