Powered By Blogger

Tuesday, January 11, 2011

Wasiat ?!@#$

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Tijoh mula
beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi
peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk
melawat Mak Tijoh yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama
isterinya Mak Eikah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah
jirannya itu.


Mak Tijah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali
tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Eikah dengan mulut yang
terkumat kamit. Mak Eikah mendekati Mak Tijoh sambil mendekatkan telinganya
ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga
turut mendekati bahagian kepala Mak Tijoh.


Tetapi, tiba-tiba Mak Tijoh mengalami sesak nafas dan dadanya
berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua
terlihat tangan Mak Tijoh seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok
Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan
dengan segera menyerahkannya kepada Mak Tijoh. Tentunya Mak Tijoh mahu
menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Tijoh semakin sesak dan
akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati
jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Tijoh.


Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil
kesemua waris Mak Tijoh dan menyatakan Mak Tijoh sempat menuliskan wasiat
untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa
hairan kerana setahu mereka Mak Tijoh bukan orang berharta mahupun ada tanah pusaka apantah lagi harta karun. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Tijoh semalam dan
memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh
daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.
Anak sulong Mak Tijoh, Rizaluqman mengambil kertas tersebut dari lantai dan
membacanya...


"tolong jangan pijak salur oksigen aku, tok ketua !!!!"


P/S: Adoyai Tok Ketua ni...

No comments:

Post a Comment