Situasi 1
Mak Andih: Kenapa Pak Pandir cakap minum susu segar boleh bawa maut.
Pak Pandir: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib
baik tak mati.
Situasi 2
Mak Andih: Apasal Pak Pandir marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
Pak Pandir: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
Situasi 3
Pak Leman: Kau sakit ke?? Aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Pak Pandir: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
Situasi 4
Mak Andih: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
Pak Pandir: Tu lah aku dah cakap, jangan pasang signboard
"SILA DATANG LAGI"
Situasi 5
Pak Pandir: Semalam aku nampak hantu!
Pak Leman: Uih! kau terkejut tak?
Pak Pandir: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
Pak Leman: Mana kau tahu?
Pak Pandir: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Situasi 6
Pak Andih: Apasal kopi yang Mak Andih buat ni rasa masin?
Mak Andih: Gula dah habis!
Pak Pandir: Yang kau pergi campur garam apasal?
Mak Andih: Kan dah cakap kata, sebab gula dah habislah.
Situasi 7
Pak Leman: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
Pak Pandir: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
Situasi 8
Pak Leman: Aku ada AIDS? mana ada...
Pak Pandir: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
No comments:
Post a Comment