Di sebuah pasar, terdapat seorang akak ingin membeli telur dan terus menuju ke gerai ini.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.Kebetulan yang menjual telur pergi makan. Saya disuruhnya berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
P/S : Jika nak tolong org jual tu ckp la terus terang jangan la buat pembeli jadi rimas tapi kalau pembeli tu ialah seorang awek cun no hal..hahaha.mane taw ada jodoh..huhu
No comments:
Post a Comment