Powered By Blogger

Thursday, December 8, 2011

FAKTA KOT....


Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. 

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
 
Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan menganggu penglihatan doktor. 
 
                                                            Sunquick Juice

Asal sebut je Sunquick,mesti korang bayangkan air oren kan.Sedangkan sunquick itu hanya lah jenama jus.Sunquick boleh didapati di lebih dari 20 perisa termasuk Exotic, Jambu Batu & Strawberry, Orange Merah, Orange & Aprikot, Mandarin, Peach & Oren, Mangga,Buah-buahan Tropika, Orange, Buah Passion, Lemon,Nanas, Apple, Buah Merah, blackcurrant,Delima, Anggur, Lemon & Mint dan Anggur.

Ini dikatakan first impression yang selalu bermain-main di minda kita apabila "SUNQUICK" diperkatakan.


Apakah itu mi segera?Berdasarkan wikipedia mi segera ialah separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Namun kebiasaannya kita akan menyebut maggi walaupun maggi merupakan jenama mi segera.Ini telah menjadi trend di dalam masyarakat kita.Contohnya,ketika di kedai mamak,kita ingin memesan mi segera goreng,namun kita akan menyebut maggi goreng.Betulkan?Kan.Kan.Kan.Kenapa maggi?Bukan ruski,mee sedap mahupun pama ataupun lain-lain.

Inilah kesan di mana masyarakat sentiasa  menanamkan sifat "first impression" serta akan mengingatinya sampai bila-bila.FAKTA.
 

1 comment: