Powered By Blogger

Thursday, February 24, 2011

Pengalaman Cucu Atok~ [PART 2]


Sambungannya.....

Sedutan dari PART 1
Di luar,hujan masih turun dengan lebatnya seakan-akan menyuruh aku menerpa 7E ini dengan sedaya mungkin.Pada masa yang sama,tanpa sebarang persediaan aku masih lagi terpegun melihat gadis yang berada dalam 7E ini.Adakah ini gadis yang telah dijodohkan untuk aku?Inikah dinamakan jodoh di tangan Tuhan?Apakah tindakan yang patut aku lakukan?Aku masih terpaku keras seperti patung2 yang berada di kedai baju yang sentiasa ada di mana-mana shopping kompleks mahupun tugu negara.

Hampir seminit lebih,aku membeku keras tanpa melakukan sebarang pergerakan,masih memegang erat pintu masuk 7E ini.Belum sempat aku menutup pintu yang dipegang kuat,gadis tersebut telah melontarkan suaranya yang berbunyi "SELAMAT DATANG~"Aduhai~Sungguh lunak suaranya itu,walaupun tidak seserak suara Ramli Sarip ataupun semerdu suara Dato' Siti Nurhaliza,tapi itu sudah cukup untuk menusuk hati kalbuku ini serta memberi kehangatan diri yang basah kuyup dek ditimpa hujan lebat tadi.Dalam hati aku bersuara,"Kalau gadis ni masuk AF ke Mentor ke,sah menang ni.Merdu giler suaranya baru sebut 2 perkataan belum menyanyi nih.Hahahaha".


Aku pom terus membalas perlawaannya itu,"Hai,boleh saya mengurat cik adik manis?".Tapi kan...ini hanya suara halus yang terkeluar dari hatiku.Segan kot.Jumpa2 terus nak mengurat,ingat ni awek sekolah ke.Hihihi.Rupa-rupanya gadis itu sebenarnya ialah pekerja 7E yang bertugas sebagai cashier di kaunter pembayaran.Patut la dia mengalu-alukan kedatangan aku.Sopan betul gadis ini.Menghormati customer,macam ni la dikatakan budi bahasa budaya kita.


Dengan berkeadaan basah lecunnya,aku terpingan-pingan apakah tujuan asal aku ke sini.Aku terpukau dengan keayuan serta kelawaan gadis cashier itu sehinggakan aku hilang arah tuju.Ya!!!!!Aku lupa!!Aku lupa!!Macam Nazmi Raja Lawak da.Dashaat~.Akhirnya,aku tersedar jua.Apakah motif,misi dan visi serta matlamat aku ke 7E ini sampaikan aku sanggup meredah hujan lebat bagai esok da tak ada hingga hampir seluruh tubuh aku basah macam mandi kolam????

YA!!!Tujuan aku ke mari adalah untuk membeli sekotak rokok semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagih aku untuk smoke.Nak buat macamana penagih tegar.Ni la akibatnya merokok.Bahaya taw.Dengan segeranya aku bertukar mode kepada mode silent,eh mode terminator.Mode terminator ini berfungsi sebagai scanner supaya aku dapat fokus 100%.Maka,aku dengan machonya lagi cool,memang cool disebabkan sejuk mandi hujan tadi,aku terus berjalan ala-ala model ke kaunter 7E itu.Saat aku hendak mengeluarkan suara tiba-tiba kedengaran suara gadis cashier itu berbunyi "Boleh saya bantu?".Hatiku mereplynya "Tak sabar-sabar,nak cakap la ni.Adoyai".Tapi ase chumel gak cashier ni.Hihi.

Aku pom berkata"Erm,rokok winston merah 1" sambil menyerahkan RM10 yang berwarna merah kepadanya.Ketika itu aku berkesempatan untuk membaca nametag dibajunya itu.Nametag itu tertulis namanya iaitu Farah.Ooo,leh tahan gak nama cashier ni mcm Farah Asyikin or Farah Asyik Menari or Fara Fauzana or Farahwahida,ala-ala artis gitu.Kemudian,dia pom memberikan aku sekotak winston merah bersertakan bakinya iaitu RM1.50.Ketika mengambil duet baki itu,aku tersentuh tangannya.HIHI.Sungguh lembut tangannya selembut bayi.Secara tidak langsung serta in BI-nya automatically aku berkata,"Ops,sori tak tersengaja".Dia pulak membalas,"Ish,gatal betul,Hik3x",sambil ketawa halus.Bergurau pulak Cik Farah ni,nasib baek lawa kalu tak dah lama aku sekeh.Hehe.Hati kecil aku mengeluarkan pendapatnya.
 Keadaan di luar masih tidak berubah,hujan tetap berleluasa membasahi setiap pelusuk area Bangi ini.Jam pulak menunjukan sekarang sudah pukul 4.37 petang.Nampaknya aku terpaksa berteduh di luar 7E ini sehingga hujan menyerikkan dirinya itu.Lantas aku bertanya kepada cashier ataupom dikenali Farah,"Maaf,leh nak nak tumpang berteduh kat luar?Hujan tak serik ag nih".Dia pulak berkata"Boleh2,wat macam umah sendiri pom tak pe".Sekali lagi dia membuat lawak,walaupom tak selawak Raja Lawak Astro,aku pom tumpang gelak sekali.HUHUHU.

Aku pom keluar dari 7E itu dan segera mengetok-ngetok kotak rokok winston yang baru dibeli tadi.Mungkin kamoo pelik,bukankah aku menghisap rokok Malboro.YE.Aku pom pelik tetiba je tadi aku leh tersebut rokok winston.Ahh,bio je la.Aku pom bukak kotak rokok winston dan terus membakar sebat kemudian menghisap rokok itu dengan penuh kekhusyukan.AHHH.Akhirnya,dapat aku melepaskan gian ketagihan untuk smoke.Lega kepala otak aku.Walaupom,di luar ini hujan masih mampu menbasahiku disebalik tempiasnya itu.Sejuk woo.Terketar-ketar aku menghisap rokok.Namun,aku masih memikirkan tentang gadis cashier itu.Nampaknya hati aku sudah terpikat dengan kejelitaannya itu.Apakah patut aku lakukan seterusnya?Adakah aku perlu memulakan first step untuk mengenalinya?Ataupom just tunggu & lihat???Hati aku mula berdebar-debar dan aku berasa tak senang diri memikirkan langkah seterusnya???Hujan pula masih belum puas menghujani di luar ini??Ase nak terkucil pom ade,aiyak.Sejuk nih~

Apakah tindakan "Aku" seterusnya.Saksikan sambungan di PART 3.Tunggu!!!!!

P/S : Atok buzi sket,ni je la mampu nak citer..xlarat nak taip ni.Banyak ag ni wooo~


No comments:

Post a Comment