Monday, January 3, 2011

Lawak Pak Pandir...

SITUASI 1

Pak Pandir ialah seorang penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir terus membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

SITUASI 2

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?” “Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

SITUASI 3

Setelah setahun, bisnesnya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya itu polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”

SITUASI 4

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada .
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

SITUASI 5

Pak Pandir: Mak Andih.. oo Mak Andih..
Mak Andih : Ya bang.. awat nya?
Pak Pandir: Rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt dapoq tu..
Mak Andih : Pisang tak masak lagi bang..
Pak Pandir: Laaa.. gas abih dah ka?
Mak Andih : ????

No comments:

Post a Comment